Skip to content

Alhamdulillah..

2010 August 26
by FadzilahMamat

duit terbang

Alhamdulillah klien EPF saya yang topup pada bulan Mei yang lepas sudahpun dapat pulangan yang sangat baik.

Kalau tengok kat Fund Performance Chart di website Public Mutual, dari akhir Mei sampai sekarang, almost all local fund bagi pulangan lebih 10%. Kalau nak dapat pulangan 10% di EPF, kena tunggu 2 tahun la jawabnya.. :)

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada para pelabur yang dikasihi.

Share

Keratan Akhbar : FBM KLCI cecah ketinggian baru

2010 August 20
by FadzilahMamat

Berikut adalah keratan akhbar terkini yang menunjukkan FBM KLCI sudahpun mencecah ketinggian baru. Ini merupakan berita baik kepada para pelabur yang melabur di dalam dana-dana tempatan kerana pelaburan anda juga pastinya sudahpun memberikan pulangan yang sangat baik.

Malah, pakar-pakar ekonomi turut meramalkan pertumbuhan yang positif di dalam tahun 2010 dan 2011. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada para pelabur sekalian. Kepada yang belum melabur, mulakanlah langkah pertama dalam pelaburan unit trust bagi memastikan “wang anda bekerja untuk anda“.

Sumber : Utusan Online 19 Ogos 2010

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi dengan indeks asas mencecah paras tertinggi baharu dalam 31 bulan hari ini, disokong oleh kenaikan di kaunter kewangan, kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 0.51 peratus atau 7.05 mata lebih tinggi pada 1,392.56 selepas dibuka 1.44 mata lebih teguh pada 1,386.95.Kali terakhir pasaran menguji paras 1,390 mata ialah pada Januari 2008.Peniaga itu berkata indeks utama dijangka mencapai paras 1,400 mata jika momentum belian di kaunter-kaunter mewah berterusan.

Pada akhir dagangan, Indeks Kewangan melonjak 110.28 mata kepada 12,595.66, Indeks Perladangan mengukuh 12.86 mata kepada 6,523.35 dan Indeks Perusahaan menokok 5.88 mata kepada 2,685.01.Indeks FBM Emas naik 47.60 mata kepada 9,398.01, Indeks FBM70 meningkat 54.16 mata kepada 9,319.41 manakala Indeks FBM ACE turun 11.32 mata kepada 3,849.90.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 407 berbanding 321 manakala 293 kaunter tidak berubah, 355 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan susut kepada 983.38 juta saham bernilai RM1.7 bilion, berbanding 998.07 juta saham bernilai RM1.62 bilion semalam.

Bagi saham-saham yang menyaksikan dagangan terbanyak, TMC Life Sciences turun tiga sen kepada 52 sen, SIG Gases naik 3.5 sen kepada 92.5 sen manakala Carotech kekal pada 9.5 sen.

Saham berwajaran tinggi, Sime Darby, menokok tiga sen kepada RM7.80, Maxis turun tiga sen kepada RM5.40 manakala MISC jatuh dua sen kepada RM8.86.

Jumlah dagangan Pasaran Utama bertambah kepada 839.72 juta saham, bernilai RM1.67 bilion daripada 803.65 juta saham bernilai RM1.59 bilion, semalam.Bagaimanapun, waran berkurangan 64.04 juta unit bernilai RM11.55 juta, berbanding 82.27 juta unit bernilai RM11.33 juta.

Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya susut kepada 75.17 juta unit bernilai RM12.8 juta daripada 108.65 juta saham bernilai RM14.95 juta semalam.

Barangan pengguna menguasai 60.920 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 191.061 juta, pembinaan 76.961 juta, perdagangan dan perkhidmatan 280.9 juta, teknologi 18.449 juta, prasarana 28.034 juta, kewangan 85.649 juta, hotel 2.403 juta, harta 69.324 juta, perladangan 18.750 juta, perlombongan 23,100, REIT 7.188 juta, dan dana tertutup 55,400. – Bernama

Share

Keratan Akhbar : FBM KLCI ends the day higher

2010 July 30
by FadzilahMamat

Berikut adalah keratan akhbar The Star tentang keadaan pasaran saham terkini yang menunjukkan petanda yang sangat positif dari sehari ke sehari. Memandangkan pelaburan unit trust juga berkait rapat dengan pasaran saham, maka dana-dana di dalam pelaburan unit trust Public Mutual turut mengalami peningkatan harga yang ketara sejak kebelakangan ini.

Nasihat ikhlas dari saya kepada rakan-rakan yang masih berkira-kira untuk memulakan pelaburan, mulakan langkah pertama anda sekarang. Bak kata pepatah cina, “Masa yang paling baik untuk menanam pokok adalah 20 tahun yang lepas; dan masa kedua adalah pada hari ini.”

tanampokok

Walaupun anda telahpun terlepas peluang untuk melabur pada ketika indeks FBM KLCI berada pada tahap terendah di sekitar bulan Oktober tahun 2008, usah bertangguh dan mulakanlah langkah pertama pelaburan anda hari ini.

Akhir kata, selamat melabur dan pastikan wang anda bekerja untuk anda!

p/s : Jika anda sudahpun bersedia untuk memulakan pelaburan unit trust, sila hubungi saya ataupun ahli kumpulan saya dan kami pastinya akan memberi servis terbaik kepada anda.

:)

Source : The Star Online (29 July 2010)

KUALA LUMPUR: The FBM KLCI ended higher for the day with the benchmark index rising 3.22 points to 1,358.41.

At Bursa Malaysia, 386 counters were up, 345 were down while 279 remained unchanged. There were 999.6 million shares done at a total value of RM1.48 billion.

Among the heavyweights Axiata jumped 16 sen to RM4.31, Genting rose 5 sen to RM7.85 and DiGi added 22 sen to RM24.68.

Measat rose 27 sen to RM4.07, Petronas Dagangan added 23 sen to RM10.20 and Top Glove gained 15 sen to RM6.71.

Asian markets ended the day mostly higher.

Shanghai’s A share Index gained 0.55% to 2,648.12 and Japan’s Nikkei 225 slipped 0.59% to 9,696.02.

Singapore Straits Times Index added 0.41% to 2,997.65 and Hong Kong’s Hang Seng Index rose 0.01% to 21,093.82.

Nymex crude oil was 17 cents higher at US$77.16 per barrel.

Crude palm oil third-month futures was RM24 higher at RM2,519 per tonne.

The ringgit was quoted at 3.1865 to the US dollar.

Share

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Pelabur Ingin Menukar Alamat?

2010 July 15
by FadzilahMamat

Semalam saya telah menerima soalan ini daripada seorang klien saya yang baharu sahaja berpindah ke Perlis.

Sebenarnya cara yang paling mudah untuk menukar alamat adalah pelabur terus pergi ke mana-mana cawangan Public Mutual yang berdekatan (untuk melihat senarai cawangan Public Mutual, sila klik di sini).

Namun begitu, memandangkan buat masa ini Public Mutual tidak mempunyai cawangan di Perlis, dan yang paling dekat adalah di Alor Setar, jadi beliau telah meminta pertolongan saya bagi menguruskan hal ini.

Untuk makluman anda, ejen atau Unit Trust Consultant juga boleh membantu para pelabur untuk menukar alamat mereka. Caranya adalah dengan mengisi borang pindaan makluman peribadi (Request For Change Of Unitholder Particulars Form) dan attachkan dengan bil-bil anda yang menggunakan alamat terkini (sebagai contoh, bil air, bil elektrik, bil telefon, bil kredit kad dll).

Namun begitu, jika anda baharu sahaja berpindah ataupun berpindah ke rumah sewa dan tidak mempunyai bil-bil di atas nama anda, anda boleh juga memberikan bil elektrik atau bil air yang ‘original’.

Dalam kes pelabur saya tadi, saya akan poskan borang tersebut dan seterusnya beliau akan poskan semula borang dan juga bil terkini kepada saya. Seterusnya saya akan membantu menghantarnya ke pejabat Public Mutual.

Diharap entri ringkas ini dapat membantu para pelabur yang sedang mencari maklumat berkenaan hal ini.

p/s : Jika anda ingin menukar alamat dan ejen anda tidak dapat dihubungi, anda juga boleh berhubung dengan saya atau mana-mana ahli kumpulan saya yang berdekatan dengan lokasi anda. InsyaAllah kami sedia membantu.. :)

Share

Unit Trust vs Hartanah

2010 July 4
by FadzilahMamat

Semasa saya sedang bercuti  di kampung suami pada awal Jun yang lepas, setiap hari saya mendengar perbualan berkenaan tanah. Maklumlah, orang kampung memang sangat berminat dengan pelaburan hartanah dan sentiasa mencari peluang untuk membeli tanah.

Ini kerana, kebanyakan orang beranggapan bahawa pelaburan hartanah merupakan sejenis pelaburan yang PASTI akan mendatangkan keuntungan.

Well, I beg to differ.

Sebenarnya, dalam sebarang pelaburan, pasti terdapat risiko yang perlu ditanggung oleh para pelabur. Jika dibandingkan pelaburan unit trust dan pelaburan hartanah, salah satu kelebihan pelaburan unit trust adalah kadar kecairan yang tinggi.

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar kecairan?

Kadar kecairan memberi makna kebolehan sesebuah pelaburan itu ditukarkan ke dalam bentuk wang tunai. Jika kadar kecairan sesebuah pelaburan adalah tinggi, ini bermakna sesebuah pelaburan itu senang ditukarkan ke dalam bentuk wang tunai.

Di dalam pelaburan unit trust, apabila seseorang pelabur ingin menjual pelaburan mereka, pengurus dana PASTI akan membeli semula pelaburan. Ini kerana, hal ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi setiap pelaburan unit trust.

Dengan kata lain, pelabur boleh menjual pelaburan mereka pada bila-bila masa dan pihak syarikat pelaburan akan menjadi ‘ready buyer’ yang akan membeli semula pelaburan pelabur pada HARGA SEMASA.

Sebaliknya di dalam pelaburan hartanah, pelabur hanya boleh menjual hartanah mereka apabila ada pembeli. Dalam situasi di mana hartanah tersebut berada di kawasan yang kurang strategik, pelabur terpaksa mengambil masa yang lama untuk menjual hartanah tersebut.

Malah, pulangan dari pelaburan hartanah juga tidak semestinya menguntungkan kerana ia bergantung kepada lokasi dan juga permintaan. Jika tiada permintaan, harga mungkin hanya akan meningkat sedikit.  Malah, penjual juga mungkin tidak boleh menikmati keuntungan yang tinggi kerana pembeli juga  mungkin akan meminta pengurangan harga.

Kesimpulannya, memandangkan pelaburan hartanah mempunyai kadar kecairan yang rendah, janganlah melaburkan kesemua wang anda di dalam pelaburan hartanah. Sebaliknya, laburkan sebahagiannya ke tempat yang mempunyai kadar kecairan yang tinggi sebagai satu langkah berjaga-jaga seandainya berlaku sesuatu yang memerlukan wang tunai pada kadar segera.

Share

The Cost of Waiting to Invest

2010 July 1
by FadzilahMamat

Source : http://www.dumblittleman.com

Mark Riepe, Senior Vice President, Schwab Center for Financial Research shares the following with Dumb Little Man readers:

Imagine for a moment that you’ve just received a year-end bonus or income tax refund. You’re not sure whether to invest now or wait. After all, the market recently hit an all-time high. Now imagine that you face this kind of decision every year — sometimes in up markets, other times in downdrafts. What’s a good rule of thumb to follow?

Our research definitively shows that the cost of waiting for the perfect moment to invest far exceeds the benefit of even perfect timing. And because timing the market perfectly is, well, about as likely as winning the lottery, the best strategy for most of us mere mortal investors is not to try to market-time at all. Instead, make a plan and invest as soon as possible.

FIVE INVESTING STYLES
But don’t take my word for it. Consider our research on the performance of five long-term investors following very different investment strategies. Each received $2,000 at the beginning of every year for the 20 years ending in 2006 and left the money in the market once invested.(1) Check out how they fared:

1. PETER PERFECT was a perfect market timer. He had incredible skill (or luck) and was able to place his $2,000 into the market every year at the lowest monthly close.For example, Peter had $2,000 to invest at the start of 1987. Rather than putting it immediately into the market, he waited and invested after month-end November 1987 — that year’s monthly low point for the S&P 500® Index (a proxy for the stock market). At the beginning of 1988, Peter received another $2,000. He waited and invested the money after January 1988, the monthly low point for the market for that year. He continued to time his investments perfectly every year through 2006.

2. ASHLEY ACTION took a simple, consistent approach: Each year, once she received her cash, she invested her $2,000 in the market at the earliest possible moment.

3. MATTHEW MONTHLY divided his annual $2,000 allotment into 12 equal portions,which he invested at the beginning of each month. This strategy is known as dollar cost averaging. You may already be doing this through regular investments in your 401(k) plan or an Automatic Investment Plan (AIP), which allows you to deposit moneyinto mutual funds on a set timetable.

4. ROSIE ROTTEN had incredibly poor timing — or perhaps terribly bad luck: She invested her $2,000 each year at the market’s peak, in stark defiance of the investing maxim to “buy low.” For example, Rosie invested her first $2,000 at the end of August 1987 — that year’s monthly high point for the S&P 500. She received her second $2,000 at the beginning of 1988 and invested it at the end of December 1988, the peak for that year.

5. LARRY LINGER left his money in cash (using Treasury bills as a proxy) every year and never got around to investing in stocks at all. He was always convinced that lower stock prices — and, therefore, better opportunities to invest his money — were just around the corner.

THE RESULTS ARE IN: INVESTING IMMEDIATELY PAID OFF

We looked at how much wealth each of the five investors had accumulated at the end of the 20 years (1987–2006). Actually, we looked at 62 separate 20-year periods in all, finding similar results across almost all time periods.

Naturally, the best results belonged to Peter, who waited and timed his annual investment perfectly: He accumulated $146,761. But the study’s most stunning findings concern Ashley, who came in second with $141,856 — only $4,905 less than Peter Perfect. This relatively small difference is especially surprising considering that Ashley had simply put her money to work as soon as she received it each year — without any pretense of market timing.

Matthew’s dollar-cost-averaging approach delivered solid returns, earning him third place with $134,625 at the end of 20 years. That didn’t surprise us. After all, in a typical 12-month period, the market has risen 75 percent of the time.(2) So Ashley’s pattern of investing first thing did, over time, yield lower buying prices than Matthew’s monthly discipline and, thus, higher ending wealth.

Rosie Rotten’s results also proved surprisingly encouraging. While her poor timing left her about $18,262 short of Ashley (who didn’t try timing investments), Rosie still earned significantly more than double what she would have if she hadn’t invested in the market at all.

And what of Larry Linger, the procrastinator who kept waiting for a better opportunity to buy stocks — and then didn’t buy at all? He fared worst of all, with only $61,622. His biggest worry had been investing at a market high. Ironically, had he done that each year, he would have still earned more than twice as much over the 20-year period.

THE RULES DON’T CHANGE OVER TIME

Regardless of the time period considered, the rankings turn out to be remarkably similar. We analyzed all 62 rolling 20-year periods dating back to 1926 (e.g., 1926–1945, 1927–1946, etc.). In 52 of the 62 periods, the rankings were exactly the same; that is, Peter Perfect was first, Ashley Action second, Matthew Monthly third, Rosie Rotten fourth and Larry Linger last.

But what about the 10 periods when the results were not as expected, as illustrated in the table? Even in these periods, investing immediately never came in last. It was in its normal second place four times, third place five times and fourth place only once, from 1962 to 1981, one of the few periods of persistently weak equity markets.What’s more, during that period, fourth, third and second places were virtually tied.

We also looked at all possible 30-, 40- and 50-year time periods, starting in 1926. If you don’t count the few instances when investing immediately swapped places with dollar cost averaging, all of these time periods followed the same pattern. In every 30-, 40- and 50-year period, perfect timing was first, followed by investing immediately or dollar cost averaging, bad timing and, finally, never buying stocks.

WHAT THIS MEANS FOR INVESTORS: DON’T WAIT

If you make an annual investment (such as a contribution to an IRA or to a child’s 529 plan), and you’re not sure whether to invest in January of each year, wait for a “better” time, or dribble your investment out evenly over the year, be decisive. The best course of action for most of us is to create an appropriate plan and take action on that plan as soon as possible. It’s nearly impossible to accurately identify market bottoms on a regular basis. So, realistically, the best action that a long-term investor can take, based on our study, is to invest at the first possible moment, regardless of the current level of the stock market.

If you’re tempted to try to wait for the best time to invest in the stock market, our study suggests that the benefits of doing this aren’t all that impressive — even for perfect timers. Remember, over 20 years, Peter Perfect amassed less than $5,000 more than the investor who put her cash to work right away.

Even badly timed stock market investments were much better than no stock market investments at all. Our study suggests that investors who procrastinate are likely to miss out on the stock market’s potential growth. By perpetually waiting for the “right time,” Larry sacrificed $61,972 compared to even the worst market timer, who invested in the market at each year’s high.

CONSIDER DOLLAR COST AVERAGING AS A COMPROMISE

If you don’t have the opportunity, or stomach, to invest your lump sum all at once, consider investing smaller amounts more frequently. Dollar cost averaging has several benefits:

  • PREVENTS PROCRASTINATION. Some of us just have a hard time getting started. We know we should be investing, but we never quite get around to it. Much like a regular 401(k) payroll deduction, dollar cost averaging helps force yourself to invest consistently.
  • MINIMIZES REGRET. Even the most even-tempered stock trader feels at least a tinge of regret when an investment proves to be poorly timed. Worse, such regret may cause you to disrupt your investment strategy in an attempt to make up for your setback. Dollar cost averaging can minimize this regret because you make multipleinvestments, none of them particularly large.
  • AVOIDS MARKET TIMING. Dollar cost averaging ensures that you will participate in the stock market regardless of current conditions. While this will not guarantee a profit or protect against a loss in a declining market, it will eliminate the temptation to try market-timing strategies that rarely succeed.

As you strive to reach your financial goals, keep these research findings in mind. It may be tempting to try to wait for the “best time” to invest — especially in a volatile market environment. But before you do, remember the high cost of waiting. Even the worst possible market timers beat not investing in the stock market at all.

Share

Keratan Akhbar : RM900 Million Taken Out From EPF For Unit Trust Investment

2010 June 27
by FadzilahMamat

Source : Business Times Online (10 June 2010)

A significantly larger number of Employees Provident Fund (EPF) members have opted to withdraw part of their retirement savings for investment in unit trusts.

In a statement today, EPF said the amount withdrawn under Members’ Investment Withdrawals in the first quarter of 2010 rose 43.26 per cent to RM911.15 million from RM636.01 million (Q4 2009: RM896.66 million) withdrawn in the corresponding period last year.

Total applications approved under this withdrawal increased to 113,809 (Q4 2009: 114,375) from 87,420 in the same period last year.

“The increase in withdrawals for investments is in tandem with the recovery in the domestic economy that began in the third quarter of 2009 and has since continued to gain momentum,” said EPF Chief Executive Officer Tan Sri Azlan Zainol in the statement.

EPF said the increase was also attributed to the rise in the number of members who were eligible for investment withdrawals.
Priority towards prudent investing was also reflected in the increasing number of retirees who opted for Flexible 55 Withdrawals to stretch the value of their retirement savings as opposed to Lump Sum Withdrawals, it added.

In the first quarter of 2010, EPF recorded a 52.80 per cent increase in applications from members who had opted for Flexible 55 Withdrawals in which a total of 14,869 applications (Q4 2009: 11,929) were received compared to the 9,731 applications in the corresponding period in 2009.

The amount withdrawn during the quarter grew by 26.05 per cent to RM637.73 million (Q4 2009: RM454.12 million) from RM505.94 million in the corresponding period last year.

“This also signifies the confidence members have in allowing the EPF to continue managing their retirement savings over a longer period,” Azlan said.

This sentiment was again reflected in the marginal 1.99 per cent increase of approved applications for Lump Sum Withdrawals during the quarter to 36,349 applications (Q4 2009: 30,120) from 35,640 in the corresponding period last year.

The amount withdrawn during the quarter also grew by a marginal 0.70 per cent to RM1,632.52 million (Q4 2009: RM1,235.52 million) from RM1,621.15 million in corresponding period in 2009.
Meanwhile, the total number of members who had nominated their beneficiaries was 3,253,721. — Bernama

Share

Keratan Akhbar : Saham Ditutup Tinggi Menyeluruh

2010 June 20
by FadzilahMamat

Sumber : Utusan Malaysia Online (19 Jun 2010)

Saham Ditutup Tinggi Menyeluruh

KUALA LUMPUR 18 Jun – Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi secara menyeluruh hari ini susulan keuntungan yang dicatatkan oleh saham berwajaran tinggi dan saham berharga rendah terpilih, kata peniaga.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia FBM KLCI) meningkat 13.22 mata atau 1.01 peratus untuk ditutup pada 1,317.69.Ia dibuka 1.7 mata lebih tinggi pada 1,306.17 berbanding 1,304.47 pada penutup Khamis lepas.

Indeks Komposit Nasdaq ditutup 1.23 mata lebih tinggi pada 2,307.16 meskipun data pekerjaan dan pembuatan yang tidak menggalakkan. Indeks Kewangan meningkat 62.28 mata kepada 11,795.61, Indeks Perusahaan menambah 16.81 mata kepada 2,633.07 dan Indeks Perladangan menokok 33.17 mata kepada 6,217.26.

Indeks FBM Emas melonjak 83.051 mata kepada 8,881.98, Indeks FBM70 menambah 62.32 mata kepada 8,810.2 manakala Indeks FBM Ace meningkat 51.3 mata kepada 3,875.73.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 416 berbanding 193, manakala 278 kaunter tidak berubah, 481 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 537.704 juta unit bernilai RM1.16 bilion daripada 516.364 juta unit bernilai RM757.067 juta semalam.

Antara saham aktif, Talam Corp dan Affin-WC tidak berubah, masing-masing pada 12.5 sen dan setengah sen.

Gamuda-WD menambah sembilan sen kepada 92 sen, Kenmark meningkat setengah sen kepada 9.5 sen dan Plus Expressway menokok satu sen kepada RM3.36.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 487.58 juta saham bernilai RM1.15 bilion berbanding 433.254 juta saham bernilai RM741.281 juta semalam.

Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 30.746 juta unit bernilai RM4.126 juta berbanding 65.106 juta unit bernilai RM8.932 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 13.818 juta unit bernilai RM1.972 juta berbanding 11.571 juta unit bernilai RM1.587 juta pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 34.760 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 72.669 juta, pembinaan 45.124 juta, perdagangan dan perkhidmatan 145.430 juta, teknologi 25.634 juta, infrastruktur 8.758 juta, kewangan 77.702 juta, hotel 192,000 juta, hartanah 60.213 juta, perladangan 15.951 juta, perlombongan 2,000, REIT 1.041 juta dan dana tertutup 114,300. – BERNAMA

Share

Makluman Kepada Warga Kelantan Yang Berminat Dengan Pelaburan Unit Trust : Saya Akan Berada Di Pasir Mas, Kelantan dari 5-15 June 2010

2010 June 4
by FadzilahMamat

Pada 5-15 Jun 2010 saya akan pulang bercuti di kampung suami (juga kampung saya – sebelah ibu) di Pasir Mas, Kelantan.

Jika anda berada di sekitar Pasir Mas & Kota Bharu dan berminat untuk mendapatkan maklumat tentang pelaburan unit trust atau peluang kerjaya sebagai Unit Trust Consultant, sila hubungi saya untuk temujanji.

Share

Formula mengelak penipuan SCAM – “NO SCAM!”

2010 June 3
by FadzilahMamat

sumber : IrfanKhairi.com

Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

Contoh:

  • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
  • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
  • tertipu pada sesuatu SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

N bermaksud: NAME.

anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.

search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.

ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya – tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!

Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

  • N NAME
  • OOVER PROMISE
  • S SEARCH
  • C CONTACT
  • A ASK
  • MMAKE SURE!



Share
Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.