Cupcake Percuma Untuk Klien Saya..
Rakan-rakan yang mengikuti perkembangan saya pastinya sudah tahu bahawa saya baru je mendapat minat yang baru iaitu membuat dan menghias cupcake. In fact, saya juga turut join kelas membuat dan menghias cupcake untuk menambahkan lagi ilmu berkenaan cupcake.
Sebenarnya salah satu tujuan saya membuat cupcake adalah untuk dijadikan buah tangan kepada para klien saya yang sangat saya hargai. Maklumlah selama ni klien-klien saya telah banyak membantu saya memperkenalkan rakan-rakan atau saudara-mara kepada saya. Jika selama ini saya membalas budi baik mereka dengan cara membelanja mereka makan, memberikan premium item Public Mutual dan sebagainya, sekarang ini saya telah menukar taktik iaitu dengan menghadiahkan cupcake yang dibuat dan dihias oleh saya sendiri (dengan penuh kasih sayang).
Terlanjur dah buat tu, saya juga turut memberi ruang kepada rakan-rakan (terutamanya yang berada di sekitar Johor Bahru) untuk menempah cupcake samada untuk makan-makan, jamuan hari lahir, buah tangan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut dan sampel cupcake, sila layari http://cupcakemanja.blogspot.com
Bila saya dah buat promosi macam ni, diharap jangan ada pihak yang menganggap saya sudah beralih arah. Bisnes cupcake ini bolehlah dianggap sebagai hobi semata-mata manakala kerjaya sebagai Unit Trust Consultant merupakan kerjaya sepenuh masa saya.
Saya bercadang untuk mengambil dan memuatkan gambar-gambar para klien saya bersama cupcake. Kalau anda nak tumpang glamer dan makan cupcake secara percuma, bolehlah hubungi saya untuk melabur..
Kalau nak tengok siapa yang kena, tunggu entri saya yang berikutnya..
ShareNo related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

