Dapat Sales RM10,000 Dalam Masa 10 Minit

July 9 2009 one Commented

Hari ini saya merasa sangat gembira kerana telah berjaya mendapatkan sales sebanyak RM10,000 tanpa disangka-sangka.

Alkisahnya, saya telah pergi berjumpa dengan seorang pelabur saya yang kononnya ingin menambah pelaburan sebanyak RM9,000. Semasa saya ke pejabatnya, ada seorang rakannya turut menunjukkan minat untuk melabur.

Setelah membuat presentation selama 10 minit, rakannya telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM10,000. Selepas itu, kami terus ke bank untuk memulakan pelaburan. Pelabur saya pula telah menambah lagi pelaburannya sebanyak RM14,000. Dengan kata lain, saya telah mendapat sales sebanyak RM24,000 untuk hari ini.

Nak tahu berapa komisyen yang saya dapat? RM24, 000 * 3.32% = RM796.80. Okay tak? Sebenarnya cerita-cerita sebegini merupakan cerita biasa seorang Unit Trust Consultant. Tapi saya kongsikan kerana ia adalah secara tidak langsung dan saya sendiri hanya mengambil masa 10 minit untuk membuat penerangan kepada prospek tadi.

Sebenarnya inilah yang menyebabkan saya terus maintain sebagai seorang Unit Trust Consultant. Ini kerana, sebagai seorang UTC, pendapatan kita adalah tidak terhad. Lagipun, semakin lama kita melakukan bisnes ini, peluang kita lebih banyak kerana pelabur-pelabur kita akan tolong mempromosikan servis kita kepada rakan-rakan dan saudara mara mereka.




One Response to “Dapat Sales RM10,000 Dalam Masa 10 Minit”

  1. abgks Says:

    salam,

    kalau berminat nak jadi UTC@agen boleh terangkan bagaimana?

    TQ

Leave a Reply