Mendapat Panggilan Telefon daripada Prospek dari Penang
Hari ini saya mendapat panggilan telefon daripada prospek yang ingin memulakan pelaburan. Dia memang bercadang untuk melabur tapi memandangkan saya berada di JB jadi dia sedang mempertimbangkan samada ingin melabur dengan saya ataupun mencari ejen yang berdekatan.
Sebenarnya saya memang mempunyai banyak pelabur di seluruh Malaysia dan ada juga yang berada di luar negara. Ini kerana untuk memulakan pelaburan, pelabur hanya perlu pergi ke Public Bank yang berdekatan dan membawa borang pelaburan Public Mutual yang telah siap diisi. Untuk pelabur yang tinggal berjauhan, biasanya saya akan mengeposkan borang yang telah siap diisi kepada mereka. Mereka cuma perlu menandatangani borang tersebut dan submit borang tersebut di Public Bank.
Jika pelabur saya mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, mereka boleh menghubungi saya pada bila-bila masa dan biasanya saya boleh memberi servis yang terbaik walaupun berjauhan dengan mereka.
Sebenarnya dah banyak kali saya menerima panggilan daripada prospek yang tinggal di luar JB. Pada masa-masa macam ni saya rasa nak sangat mencari ejen-ejen di luar JB yang sudi menjadi ahli kumpulan saya. Bukan apa, nanti bolehlah saya passkan prospek yang berdekatan kepada mereka.
Jika anda berada di dalam atau di luar negeri Johor dan berminat untuk menjadi seorang unit trust consultant yang bahagia seperti saya, silalah hubungi saya untuk maklumat lanjut…
September 8th, 2009 at 2:09 pm
a’kum..
akak sy consultan jgk based kat klang valey..if u need my help to see clients..i can help u..sama jugak if ada prospek area johor sy pas kat akak yeer…