Saya Baru Balik Dari Hangzhou, China
Sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana saya telah mengikuti rombongan ke Hangzhou, China yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual kepada Unit Trust Consultant yang berjaya mencapai target jualan pada tahun 2008.

Ini merupakan pengalaman pertama saya dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah, menyeronokkan dan juga sangat bermanfaat. Ini kerana saya telah berpeluang untuk bergaul dengan konsultan-konsultan yang cemerlang dan mendapat banyak ilmu yang sangat berguna untuk dipraktikkan di dalam bisnes atau kerjaya saya sebagai seorang konsultan unit amanah.
Saya juga menjadi semakin bersemangat untuk mencapai target jualan tahun ini bagi melayakkan diri saya untuk pergi ke destinasi tahun 2010 iaitu Dubai, Seoul ataupun Bali (bergantung kepada jumlah jualan). Secara peribadi, saya ingin melawat Seoul dan bercadang untuk membawa suami bersama-sama. Insya’Allah..
Jika anda berminat untuk pergi ke Dubai, Seoul atau Bali yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Jika ingin melihat gambar-gambar saya di Hangzhou, klik di http://www.flickr.com/photos/36769981@N08/