Sedih Dengan Mentaliti Orang Yang Tidak Cukup Kaya
Hari ini saya telah bertemu dengan teman serumah saya semasa saya menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Johor untuk peringkat Ijazah. Biarlah saya panggil namanya sebagai W. W bukanlah pelajar universiti sebaliknya bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya di Taman Universiti.
Semasa bertemu dengannya, saya baru sahaja berjumpa dengan klien2 saya di sebuah bank di Taman Universiti (Alhamdulillah… di bank ini sahaja, klien saya melebihi 10 orang). Klien2 ini adalah berjawatan dan bergaji besar. Kebanyakannya melabur menerusi skim EPF dan sentiasa menambah pelaburan mereka setiap 3 bulan.
Pada hari tersebut, jumlah pelaburan tambahan mereka sahaja berjumlah melebihi RM50,000 dan dalam masa kurang 2 jam, saya mampu mendapat komisen melebihi RM1000 daripada pelaburan mereka. Alhamdulillah…
Berbalik kepada pertemuan saya dengan W, semasa bertemu dengannya kami berkongsi kisah2 lama dan saling bertanya perkembangan terkini masing2. Memandangkan kami baru berjumpa dan saya tidak mahu dia tidak selesa jika saya membuka cerita tentang pelaburan, maka pada mulanya saya tidak mempromosikan pelaburan unit trust kepadanya.
Namun begitu, apabila memikirkan bahawa apa salahnya saya berkongsi tentang pelaburan ini untuk membantunya menggandakan wang EPF beliau (Yang pasti tidak seberapa, memandangkan dia bukanlah berjawatan mahupun berpendapatan tinggi), maka saya pun membuka cerita tentang pelaburan ini.
Niat saya bukanlah untuk mendapatkan sales.. Tetapi lebih kepada ingin menolong. Maklumlah, selama ini saya asyik menolong orang yang dah kaya untuk mendapatkan pulangan yang lebih daripada simpanan mereka, saya rasa tidak ada salahnya saya berkongsi peluang pelaburan ini dengan orang seperti W kerana dia pasti tidak akan dikejar oleh mana2 konsultan unit amanah yang lain.
Apa yang saya kesalkan adalah reaksinya apabila mendengar penerangan saya. Reaksi yang dimaksudkan adalah menunjukkan muka yang tidak berminat dan seolah2 tidak mahu terpedaya dengan kata2 saya. Sedih rasanya bila mengenangkan bahawa orang yang tidak cukup kaya sepertinya tidak mahu berfikir bagaimana cara untuk menjadikan wang bekerja untuk mereka, dan bukannya bekerja untuk wang semata-mata.
Selepas pertemuan kami berakhir, saya mula faham kenapa yang kaya bertambah kaya dan sebaliknya. Ini kerana, terdapat perbezaan mentaliti yang sangat ketara di antara si kaya dan si miskin. Saya pasti rakan2 konsultan yang lain pernah mengalami situasi yang sama.
September 8th, 2009 at 2:06 pm
a’kum…
saya setuju dgn pendapat akak…high level people lagi senang nak educated dan tentunya mereka bertambah kaya…bukan nak merendah-rendahkan level orag bawahan…tapi dari 10 org yg sebegitu blum tentu ada sorang yg nak percaya sumenya berlagak pandai dan taknak diajar walhal epf mereka bukan byk sgt pun yg kita nak kejar..kita cuma nak tolong ajer…knaper yer…??kadang2 kesian sy kat mereka…
January 5th, 2010 at 6:53 pm
Salam, saya baru berjumpa dengan laman blog ni. Saya pun baru nak join jadi UTC, tapi x amik exam lagi, feb ni baru nak pergi ambil exam. Harap kak fadzilah boleh update semula blog ni supaya boleh berkongsi maklumat dan juga penarik semangat saya untuk melaksanakan peluang menjana pasif income ni dengan lebih gigih. terima kasih kerana berkongsi.
January 31st, 2010 at 6:12 pm
Salam..
Bagi saya kita kena tengok..org yg tak kaya ni ada 2 jenis..educated dan tak educated..yg you jumpa tu tak educated so that dia blank about all these..kalau kita berniat nak tolong orang ..kita kena berada ditempat dia..kalau betul2 you tipu dia contohnya..she will lost a lot of amount let say rm 5k..is too big for orang yang tak kaya..mau jadi giler kejap kot..is it right??..hope kita sume tak pandang serong pada org2 tak kaya slps ni..maaf ye kalau msg ni mcm membelasah pulak..very2 sorry..tq