Public Mutual Agih Pendapatan 2 Dana Islam
sumber : Berita Harian 5 Mei 2009
PUBLIC Mutual Bhd, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengagihkan pendapatan lebih RM80 juta untuk dua daripada dana Islamnya bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, jumlah agihan kasar itu adalah sebanyak 1.25 sen seunit bagi Public Islamic Dividend Fund, manakala bagi satu lagi dana Islamnya, Public Islamic Asia dividend Fund, adalah sebanyak 0.25 sen seunit.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata pihaknya berbangga kerana berupaya mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dua dana Islam terbabit walaupun keadaan pasaran amat mencabar.
Public Mutual adalah syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan 68 dana.
Syarikat itu mempunyai lebih dua juta pemegang akaun yang diberikan perkhidmatan oleh lebih 42,000 perunding saham amanah dan setakat 31 Mac 2009, jumlah nilai aset bersih dana diuruskannya RM24.2 bilion.
Public Dana Islamic Dividend yang dilancarkan pada 2006 adalah sebuah dana Islam dividen tempatan yang terbuka bagi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Public Dana Islamic Asia Dividen yang dilancarkan setahun kemudian pula adalah dana Islam dividen serantau yang melabur dalam pasaran asing termasuk Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, New Zealand dan pasaran lain yang diluluskan.
Kedua-dua dana itu bermatlamat menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham memenuhi kehendak Syariah.
ShareRelated posts:
- Senarai Dana Syariah Untuk Pelaburan Menggunakan Simpanan KWSP Equity Fund (Shariah) Public Islamic Dividend Fund Public Islamic Equity...
- Public Mutual Emerges As The Biggest Winner For 7th Consecutive Year Source : Bernama 23 February 2010 KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARY...
- Public Mutual Umum Agihan 5 Dana sumber : Utusan Malaysia 03 Februari 2010 KUALA LUMPUR 2...
- Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Untuk 11 Dana Sumber : Bernama.com (1 Jun 2010) Anak Syarikat Milik Penuh...
- Senarai Dana Islamik @ Syariah Yang Ditawarkan Oleh Public Mutual Senarai Dana Ekuiti (Islamik @ Syariah) Public Ittikal Fund Public...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

