Sudah Melabur di Public Mutual Tetapi Tidak Tahu Apa-Apa Tentang Pelaburan Anda?
Hari ini saya ingin berkongsi soalan yang telah ditanya oleh Nurul, seorang pengunjung laman web saya yang bertanyakan soalan bagi pihak adiknya. Walaupun saya telah menjawab soalan ini di bahagian komen, saya rasa ianya patut dikongsikan kerana saya agak sering menerima soalan sebegini dan saya rasa maklumat ini boleh membantu para pelabur yang mungkin mengalami masalah yang sama.
Soalan Nurul :
Salam..sy nk tanye ttg public mutual ni bg pihak adik sy.. Dlm thn lepas, dia join public mutual ni guna kwsp.. tp, dia inform yg dia x tau ape produk yg ejen dia pilih n x tau ape2 tentang pelaburan dia.. sy kesian pulak kat dia @ mmg mcm ni style unit trust melalui kwsp? atau dia boleh pilih ejen lain yang lebih prihatin mcm puan?? harap jasa baik puan utk jwb masalah ni.TQ
Jawapan saya adalah seperti berikut :
Hi Nurul,
Biasanya selepas membuat pelaburan, pelabur akan menerima statement rasmi daripada Public Mutual dalam tempoh 3-4 minggu. Seterusnya, setiap tahun Public Mutual akan menghantar laporan tahunan kepada para pelabur bergantung kepada tarikh kewangan berakhir bagi sesebuah dana.
Jika pelabur tidak menerima statement sebegini, ini mungkin disebabkan kesilapan ejaan pada alamat dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah ini, pelabur boleh meminta bantuan ejen atau terus menghubungi talian khidmat pelanggan Public Mutual iaitu 03-62075000 dan meminta pihak Public Mutual menghantar statement terkini kepada mereka.
Jika pelabur tidak dapat menghubungi ejen (mungkin disebabkan ejen menukar no hp atau pelabur telah kehilangan no hp ejen), pelabur boleh juga meminta nombor telefon ejen daripada talian khidmat pelanggan. Seperti saya sendiri, ada beberapa orang pelabur saya yang kehilangan no hp saya dan telah menghubungi Public Mutual bagi mendapatkan nombor telefon saya.
Berbalik kepada skim pelaburan KWSP, pelabur boleh melabur setiap 3 bulan. Pelaburan ini juga boleh dibuat melalui ejen yang berlainan. Dengan kata lain, adik puan boleh membuat pelaburan seterusnya dengan ejen yang lain.
Saya harap jawapan saya ini dapat membantu Nurul dan semua pembaca. Jika anda masih ada sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, sila hubungi saya.
ShareRelated posts:
- Bayar Hutang Kad Kredit Atau Melabur Di Dalam Pelaburan Unit Trust? Soalan di atas telah ditanya oleh bakal pelabur saya setelah...
- Pengiraan Nilai Semasa Pelaburan Anda Di Dalam Unit Amanah Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara asas di dalam...
- Makluman Tentang Peluang Yang Sangat Baik Untuk Memulakan @ Menambah Pelaburan Pernahkah anda mendengar pepatah berikut: “Be fearful when others are...
- Soalan Pembaca : Apa Dia Public Mutual Ni Eh? Sekali lagi saya ingin berkongsi komen daripada seorang pembaca yang...
- Kisah Unit Trust Consultant Tidak Beretika Yang Menciplak Artikel & Tutorial Saya Hari ini saya ingin meluahkan rasa kecewa saya dengan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Terima kasih atas jawapan puan. Kalau adik sy nk cari ejen lain, sy akan minta dia email puan.Terima kasih sekali lg.
Sama-sama..
Salam…
saya sedang mencari info tentang Public Mutual nie. Saya dan wife sedang merancang untuk pelaburan. Kat ASB dah ada sket so kami carik2 lagi. Ramai orang sajes Public Mutual nie tapi apa dia Public Mutual nie eh?
Saya ada hantar email kepada saudara. Sila rujuk email ya.