Info Pelaburan Unit Trust

April 24 2009 No Commented

“Mulakan Pelaburan Unit Trust untuk mendapat pulangan yang SANGAT MENGUNTUNGKAN”


Layari laman ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan bagaimana ia dapat membantu anda mendapat pulangan pelaburan yang SANGAT MENGUNTUNGKAN!

Buat kali pertama, anda akan didedahkan tentang rahsia pelaburan Unit Trust.

Berikut adalah masalah yang mungkin anda hadapi…

>> Anda ingin memulakan pelaburan untuk mendapat kebebasan kewangan, tetapi tidak tahu landasan yang betul oleh kerana terlalu banyak pelaburan SCAM yang bertujuan untuk menipu wang anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan, tetapi tidak tahu hendak menyertai pelaburan apa yang menguntungkan.

>> Anda ingin melabur tetapi takut anda akan kehilangan modal pelaburan anda.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risaukan modal pelaburan adalah tinggi.

>> Anda ingin memulakan pelaburan tetapi anda risau anda tidak boleh mengeluarkan wang pelaburan anda di saat anda memerlukan wang

Anda pastinya sentiasa inginkan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi sudahkan anda menemui atau sudahkan anda memulakannya?

TAK PERLU TAKUT….

PELABURAN UNIT TRUST ADALAH DISELIA OLEH SURUHANJAYA SEKURITI (SC) MALAYSIA!

Layari seterusnya dan jangan lupa MULAKAN SEGERA..


INFO UNIT TRUST

Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional.

Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik.

Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat.

Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust.

Layari Laman Web Rasmi FEDERATION OF MALAYSIAN UNIT TRUST MANAGERS (FMUTM):

http://fmutm.com.my/

Matlamat pelaburan daripada Unit Trust adalah mudah. Anda tidak perlu bersusah payah memantau pelaburan anda kerana ia diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional dan berpengalaman. Namun begitu, anda boleh menggunakan teknik-teknik pelaburan seperti Pemurataan Kos Ringgit (Dollar Cost Averaging) untuk mendapat pulangan yang optimum.

Siapa patut menyertai?

Individu yang ingin mencari peluang pelaburan yang menguntungkan, sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Juga bagi pelabur-pelabur baru yang ingin mencuba melibatkan diri di dalam pelaburan.

Tip!

Pelabur di dalam pelaburan Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang hanya mempunyai jumlah yang sedikit untuk dilaburkan ataupun mereka yan g tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk melabur secara terus di dalam pasaran saham. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur di dalam pelaburan yang dikawal selia oleh kerajaan. Pelaburan Unit Trust membenarkan pelabur kecil untuk melabur di dalam skop pelaburan yang sangat luas yang mana biasanya di luar jangkauan mereka.

Memandangkan pelabur mahukan pulangan yang tinggi, pelaburan Unit Trust menyediakan cara yang sesuai kepada mereka untuk mendapat pendedahan kepada pelaburan, yang mana pada tempoh yang lama, boleh menghasilkan pulangan yang sangat besar berbanding akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap.

Pelabur-pelabur Unit Trust terdiri daripada:

* Mereka yang bekerja fulltime dan ingin memulakan pelaburan dari rumah secara part time
* Pelajar-pelajar yang ingin pendedahan peluang pelaburan
* Golongan dewasa pesara yang ingin memaksimumkan wang persaraan (EPF) mereka.
* Mereka yang sudah mencuba pelaburan-pelaburan lain tetapi tidak mendapat pulangan sepertimana yang diinginkan
* Mereka yang ingin mencapai kebebasan kewangan di dalam jangka masa yang lebih pantas.

Pelaburan Unit Trust adalah paling efektif bagi:

1. Mereka di tahap permulaan (beginners).
2. Mereka yang belum pernah memulakan pelaburan.
3. Mereka yang sudah memulakan pelaburan tetapi tidak mendapat keuntungan yang optimum daripada pelaburan mereka.

Pelaburan Unit Trust menawarkan pelbagai pelan pelaburan yang boleh disesuaikan dengan matlamat kewangan anda.

Jikalau saya sudah melabur di dalam hartanah dan saham, adakah saya masih perlu membuat pelaburan Unit Trust?

Sudah tentu! Setiap pelaburan memberikan pulangan yang berbeza. Jangan melaburkan kesemua wang anda di dalam sesebuah jenis pelaburan sahaja sebaliknya agih-agihkan modal anda kepada pelbagai bentuk pelaburan untuk mengurangkan risiko dan juga untuk menambahkan pulangan anda.

Juga, pelaburan Unit Trust merupakan sebuah pelaburan yang lebih selamat jika dibandingkan dengan pelaburan saham kerana ia diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman.

Selepas saya melabur, adakah saya akan dibimbing jika memerlukan bantuan?

Ya, anda akan dibantu. Kami tidak bercadang meninggalkan anda sendirian tanpa bimbingan dan sokongan yang sepatutnya. Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.

Pesanan dari Fadzilah Mamat, Perunding Unit Trust Public Mutual

Salam sejahtera,
Terima kasih kerana melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dengan kedatangan anda. Tahniah saya ucapkan bagi anda yang ingin mengambil langkah pertama dalam dunia pelaburan Unit Trust. Tujuan saya menulis pesanan ini adalah untuk memberitahu kepada anda sebab kenapa saya mengajak anda untuk melabur di dalam Pelaburan Unit Trust dan bagaimana pelaburan ini dapat memberi kebaikan kepada anda.

Saya baru sahaja menjinak-jinakkan diri di dalam pelaburan Unit Trust pada awal Jun 2007. Sebelum saya bermula, saya merupakan salah seorang pelabur yang agak aktif di dalam sebuah syarikat pelaburan internet. Malangnya, dalam masa tidak sampai 2 bulan, website pelaburan internet itu telahpun ditutup dan telah menyebabkan saya kerugian hampir USD5000. Apa yang lebih saya kesalkan adalah kerugian yang ditanggung oleh rakan-rakan yang turut sama melabur bersama saya yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Pada ketika itu, saya amat sedih kerana, secara tidak langsung, saya menjadi penyebab kepada masalah kewangan mereka.

Kemudian, saya mula menyelidik program-program pelaburan secara sah bagi mencari program pelaburan terbaik yang boleh membantu saya dan rakan-rakan menyelesaikan masalah kewangan yang saya hadapi..
Amat terkejut saya apabila mendapati bahawa pulangan yang diberikan oleh Pelaburan Unit Trust adalah sangat tinggi berbanding dengan pelaburan ASB (Pulangan Unit Trust adalah berubah-ubah tetapi ada dana yang telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan pulangan melebihi 15% setahun bergantung kepada keadaan pasaran).

Sebelum ini, saya hanya tahu tentang pelaburan ASB sahaja dan bagi saya itulah sahaja pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang tinggi jika kita melabur melalui syarikat pelaburan yang sah.

Seterusnya, saya memilih untuk menjadi seorang Perunding Unit Trust sebagai satu cara untuk memberitahu rakan-rakan dan kenalan saya bahawa terdapatnya pelaburan yang SAH, HALAL dan TERJAMIN di pasaran dan juga bagi membantu mereka di dalam perancangan kewangan mereka. Saya mula mempelajari tentang pelaburan Unit Trust dan mengikuti jejak langkah pelabur yang berjaya dengan menyertai syarikat pelaburan yang terbaik dan paling MANTAP iaitu PUBLIC MUTUAL. Ini kerana, saya tidak mahu rakan-rakan dan kenalan saya mengalami kerugian buat kali kedua.

Apabila saya lihat kembali, saya telah merugikan banyak wang dengan melabur di tempat yang tidak sepatutnya kerana kekurangan ilmu tentang pelaburan dan juga tidak membuat kajian mendalam sebelum memulakan sesuatu. Alangkah ruginya saya!

Saya telah rugi USD5000 dam saya tidak mahu anda melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, ramai yang melakukan pelaburan tanpa mengkaji latar belakang syarikat. Inilah sebabnya kita sering mendengar ramai yang merungut “Saya sudah cuba buat pelaburan, tetapi mengalami kerugian” . Dengan PUBLIC MUTUAL, tiada apa yang perlu anda risaukan kerana ia merupakan sebuah syarikat yang sangat kukuh dan juga merupakan syarikat pelaburan unit trust yang paling dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 1 000 000 dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Billion.

Sebagai pesanan akhir- keputusan anda hari ini akan menentukan kehidupan anda pada hari-hari seterusnya. Tanpa memulakan pelaburan, tahap kewangan anda akan berada di tahap yang sama untuk selama-lamanya!

Yang benar,

Fadzilah Mamat
Perunding Unit Trust PUBLIC MUTUAL

PS: Jikalau anda mempunyai kenalan yang mungkin berminat untuk memulakan pelaburan, anda boleh membantu mereka dengan memberitahu tentang Pelaburan Unit Trust ini.

Proses Pelaburan di dalam Unit Trust

Proses yang terlibat adalah:

1. Konsultan memberikan penerangan kepada Klien.
2. Klien bersetuju untuk melabur di dalam Unit Trust dan mengisi Investment Application Form.
3. Konsultan dan/atau Klien menghantar Investment Application Form kepada mana-mana cawangan Public Bank (Public Mutual bagi Skim Pelaburan KWSP)
4. Public Mutual menghantar surat pengesahan rasmi kepada Klien dalam masa 3-4 minggu.
5. Konsultan akan menyemak pelaburan Klien dan akan memberi nasihat kepada Klien tentang prestasi pelaburan mereka dari semasa ke semasa dan juga memberi tunjuk ajar tentang strategi pelaburan yang dapat membantu mengoptimumkan pulangan pelabutan Klien.
6. Konsultan akan menghubungi dan memaklumkan kepada Klien tentang berita terkini syarikat dan juga promosi yang diadakan dari semasa ke semasa.

Hubungi saya sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pelaburan Unit Trust.

Nama : Fadzilah Mamat
No Tel : 012-7498940

Email : info@fadzilahmamat.com

Website : http://unittrust.fadzilahmamat.com



Leave a Reply