Skip to content

Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Untuk 11 Dana

2010 June 2
by FadzilahMamat

Sumber : Bernama.com (1 Jun 2010)

Anak Syarikat Milik Penuh Public Bank, Public Mutual Mengumumkan Pengagihan Berjumlah Lebih RM440 Juta Untuk Sebelas Daripada Dana-dananya. Pengagihan Kasar Yang Diumumkan Untuk Dana-dana Berikut Adalah Bagi Tahun Kewangan Berakhir Pada 31 Mei 2010:

Dana Pengagihan Kasar / Unit

  1. Public Dana Dividend Select 3.00 sen seunit
  2. Public Dana Ittikal 8.00 sen seunit
  3. Public Dana Islamic Equity 1.75 sen seunit
  4. Public Dana Islamic Select Treasures 1.25 sen seunit
  5. Public Dana Far-East Select 1.75 sen seunit
  6. Public Dana Regional Sector 1.75 sen seunit
  7. Public Dana Global Select 0.75 sen seunit
  8. Public Dana China Titans 1.50 sen seunit
  9. PB Dana ASEAN Dividend 1.50 sen seunit
  10. Public Dana Balanced 7.00 sen seunit
  11. Public Dana Select Bond 4.50 sen seunit

Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata bahawa Public Dana Dividend Select telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 28.91% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 24 Mei 2010.

Sementara itu, Public Dana Ittikal dan Public Dana Islamic Equity telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.78% dan 23.97% masing-masing bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010. Public Dana Ittikal yang dilancarkan pada tahun 1997, merupakan sebuah dana yang banyak memenangi anugerah, iaitu sebanyak 20 anugerah dana dalam kategorinya daripada Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper dan Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s.

Public Dana Islamic Select Treasures yang dilancarkan pada tahun 2008 pula menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 21.54% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010. Dana ini adalah terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Bagi dana-dana serantau dan global pula, Public Dana Far-East Select dan Public Dana Regional Sector telah menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 19.21% dan 16.37% masing-masing bagi tempoh yang sama. Kedua-dua dana ini menduduki dua tempat teratas dalam senarai 267 dana Ekuiti Asia Pasifik di dunia untuk pulangan selama tiga tahun pada 31 Disember 2009, menurut Klassifikasi Lipper Global.

Sementara itu, Public Dana Global Select, Public Dana China Titans dan PB Dana ASEAN Dividend menghasilkan pulangan satu tahun sebanyak 14.22%, 6.17% dan 39.23% masing-masing bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010.

Pada masa yang sama, Public Dana Balanced yang dilancarkan pada tahun 1995, merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 19.72% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010, berdasarkan Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 24 Mei 2010.

Bagi dana bon kami pula, Public Dana Select Bond merekodkan pulangan satu tahun sebanyak 5.87% bagi tempoh berakhir 14 Mei 2010.

Kesemua dana tersebut diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual, kecuali PB Dana ASEAN Dividend yang diedarkan oleh cawangan-cawangan Public Bank di seluruh negara.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 77 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,320,000 pemegang akaun dan pada 30 April 2010, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM37 bilion.

Share

Makluman Tentang Peluang Yang Sangat Baik Untuk Memulakan @ Menambah Pelaburan

2010 June 1
by FadzilahMamat

Pernahkah anda mendengar pepatah berikut:

“Be fearful when others are greedy and be greedy when others are fearful”

Kata-kata ini merupakan nasihat pelaburan yang telah diberikan oleh Warrent Buffet yang merupakan seorang legenda di dalam dunia pelaburan.

Berdasarkan petikan akhbar di bawah, pada minggu lepas indeks utama telah jatuh dalam tempoh terendah dalam masa 6 bulan dan pelabur dijangka akan menjauhi pasaran saham.

Memandangkan pelaburan unit trust adalah berkait rapat dengan pasaran saham, kejatuhan indeks utama juga akan menyebabkan kejatuhan pada harga dana-dana di dalam pelaburan unit trust.

Dengan kata lain, sekarang merupakan masa yang sangat baik untuk anda memulakan atau menambah pelaburan kerana harga dana berada dalam keadaan diskaun berbanding sebelum ini.

So, kepada yang sudahpun merancang untuk memulakan pelaburan, bertindak segera bagi mengambil peluang daripada kejatuhan harga dana. Pelabur sedia ada juga boleh mengambil peluang ini untuk menambah pelaburan bagi mendapatkan lebih banyak unit dan seterusnya merendahkan kos purata pelaburan.

Kepada yang masih ingin terus menunggu dan ingin melabur pada harga terendah, ingatlah bahawa HARGA TERENDAH HANYA AKAN DIKETAHUI SELEPAS IA BERLAKU. Ini kerana, anda hanya akan mengetahui harga terendah bagi sesebuah dana setelah harganya mula mengalami peningkatan. Dengan kata lain, pada masa itu, anda sudahpun terlepas peluang untuk membeli dana pada harga rendah.

Selamat melabur! ;)

p/s: Sila hubungi saya atau mana-mana ahli kumpulan saya yang berdekatan dengan lokasi anda sekiranya anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan. Kami pastinya sangat berbesar hati untuk membantu menggandakan wang anda.

Yang sedia berkhidmat dengan penuh mesra,

___________________________________________________________________________________________

Sumber : Utusan Malaysia Online (30 Mei 2010)

Pelabur dijangka jauhi pasaran

KUALA LUMPUR 30 Mei – Harga saham dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu ini dengan pelabur kekal berhati-hati berikutan krisis hutang Eropah, kata para peniaga.

Mereka berkata, sebilangan pelabur masih menjauhi pasaran di celah-celah ketiadaan petunjuk baharu dan ketidaktentuan di pasaran global.

“Unjuran jangka pendek kekal lembap. Faktor-faktor luaran memberi risiko,” terang salah seorang peniaga.

Menurut seorang lagi peniaga, aktiviti mencari untung akan berterusan minggu ini kerana penjualan agresif baru-baru ini telah memberi peluang kepada pencari untung untuk membeli saham-saham bernilai pada harga yang menarik.

“Aktiviti mencari untung, terutamanya pada saham kecil dan sederhana, akan memberi sokongan kepada pasaran,” katanya.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka bergerak antara 1,248 mata dan 1,292 mata minggu depan.

Pada minggu baru berakhir, pasaran tempatan bermula lemah dengan indeks utama jatuh ke tahap paling rendah enam bulan.

Bagaimanapun, aktiviti mencari untung pada Khamis, membantu melonjakkan indeks untuk mengakhiri minggu dengan lebih tinggi.

Pada minggu itu juga, pasaran melihat penyenaraian Sarawak Cable Bhd. di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Harga saham mengakhiri minggu tiga sen lebih tinggi pada 73 sen dengan 42,274 lot didagangkan.

Pasaran ditutup pada Jumaat untuk perayaan Hari Wesak.

Pada asas Jumaat ke Khamis, indeks penanda aras FBM KLCI jatuh 16.57 mata kepada 1,269.16 dari 1,285.73.

Indeks FBM Emas susut 83.91 mata kepada 8,541.76, FBM ACE jatuh 41.43 mata kepada 3,795.30 dan FBM70 merosot 4.35 mata kepada 8,418.68.

Indeks Kewangan jatuh 169.72 mata kepada 11,421.16, Indeks Perladangan merosot 129.55 mata kepada 5,960.18 dan Indeks Perusahaan jatuh 55.11 mata kepada 2,557.52.

Jumlah dagangan jatuh sedikit kepada 3.397 bilion saham bernilai RM6.423 bilion daripada 3.757 bilion saham bernilai RM6.735 bilion Jumaat lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 2.928 bilion saham bernilai RM6.331 bilion daripada 3.145 bilion saham bernilai RM6.605 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 210.148 juta saham bernilai RM31.283 juta berbanding 338.709 juta saham bernilai RM45.906 juta Jumaat sebelumnya.

Waran panggilan lebih rendah pada 213.198 juta saham bernilai RM24.263 juta daripada 214.356 juta unit bernilai RM31.875 juta sebelum ini. – BERNAMA

Share

Bolehkah Pelabur Menukar Ejen & Bagaimanakah Prosedurnya?

2010 May 30
by FadzilahMamat

Hari ini salah seorang ahli di dalam kumpulan saya telah bertanyakan soalan berkenaan proses penukaran ejen. Sebenarnya soalan ini juga merupakan antara soalan yang kerap ditanya oleh para pembaca blog ini.

Untuk pengetahuan anda, pelabur dibenarkan untuk menukar ejen pelaburannya. Caranya adalah dengan menghantar surat permohonan kepada Public Mutual Berhad. Jika ejen lama bersetuju, pelabur boleh membuat surat ringkas yang mempunyai persetujuan dan tandatangan 3 pihak iaitu pelabur, ejen lama dan ejen baru.

Jika pelabur sudah tawar hati atau serik untuk berurusan dengan ejen lama, pelabur boleh menghantar surat yang hanya menyatakan nama ejen baru dan sebab yang munasabah. Harus diingat bahawa permohonan pelabur tidak semestinya diluluskan kerana ia bergantung kepada budi bicara pihak syarikat pelaburan.

Secara peribadi, saya tidaklah terlalu menggalakkan perkara ini melainkan di dalam kes-kes tertentu di mana pelabur sendiri atau ahli keluarga terdekat (pasangan, anak dll) sudahpun menjadi seorang Unit Trust Consultant.

Namun begitu, kebanyakan pelabur yang menghubungi saya ingin menukar ejen kerana tidak berpuas hati dengan ejen yang susah atau langsung tidak dapat dihubungi, merasakan ejen tidak monitor pelaburan mereka, merasa tertipu apabila menyedari penerangan yang diberikan oleh ejen adalah indah khabar dari rupa (kerana ejen menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dan tidak menerangkan tentang risiko pelaburan) dan sebagainya.

Nasihat Saya?

Jika anda ingin menukar ejen kerana ejen anda tidak dapat dihubungi, jangan ambil tindakan terburu-buru dan cubalah berbaik sangka dengan ejen anda. Mungkin beliau sedang berada di luar kawasan, kehilangan handphone atau sudah menukar no telefon. Untuk itu, cuba hubungi Customer Service Hotline (03-62075000) bagi mendapatkan contact number ejen anda.

Jika anda ingin menukar ejen disebabkan perasaan tertipu pula, cuba hubungi ejen anda dan berterus terang tentang perasaan anda. Tidak dinafikan ada sebilangan ejen yang begitu bersemangat dalam membuat promosi sehingga menjanjikan pulangan yang tidak realistik. Namun begitu ada juga yang melakukan kesilapan ini secara tidak sengaja kerana mereka masih baru di dalam industri unit amanah dan masih belum betul-betul memahami kaedah pengiraan keuntungan.

Jika anda sudah cuba berbincang dengan ejen anda dan hasilnya mengecewakan anda atau ejen anda langsung tidak dapat dihubungi atau dia tidak bersetuju untuk menandatangani surat pertukaran ejen, anda bolehlah menulis surat kepada syarikat. Pada kebiasaannya, pihak syarikat akan cuba memenuhi permintaan pelanggan. Namun begitu, jika permohonan anda tidak diluluskan, jalan akhir adalah dengan menjual pelaburan anda dan melabur semula dengan bantuan ejen baru.

Sekiranya hal ini berlaku, jangan ambil keputusan terburu-buru dan terus menjual pelaburan anda. Pastikan anda menjual pelaburan anda ketika ianya berada dalam keadaan yang menguntungkan. Untuk memeriksa nilai semasa pelaburan anda, anda boleh menghubungi Customer Service Hotline di talian 03-62075000. Untuk menjual pelaburan pula, anda boleh meminta bantuan ejen baru, pergi ke agensi Public Mutual yang berdekatan ataupun menggunakan kemudahan Public Mutual Online.

Semoga perkongsian hari ini dapat membantu para pelabur yang sedang tercari-cari maklumat berkenaan hal ini.

Yang benar,

Share

Petikan Akhbar : Didik Urus Kewangan Sejak Kecil

2010 May 29
by FadzilahMamat

Source : Utusan Malaysia Online (12 Mei 2010)
Oleh : Rohami Shafie

Laporan khas Utusan Malaysia mengenai trend berhutang di kalangan orang muda di negara ini amat tepat pada masanya. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), trend berhutang ini perlu diberi perhatian menyeluruh oleh semua pihak.

Trend peningkatan pelanggan Program Pengurusan Kewangan (PPK) AKPK sejak tahun 2007 membuktikan bahawa rakyat Malaysia terutamanya golongan muda perlu diberi kesedaran tinggi mengenai pengurusan kewangan berhemah.

Tanpa berhemah, masalah kewangan akan berlaku. Kita sering mendengar kisah pergolakan rumah tangga sehingga bercerai-berai yang berpunca daripada masalah kewangan.

Kita juga pernah mendengar kisah ah long mengganggu keselamatan peminjam dan ahli keluarganya. Kita juga tidak akan lupa kisah tiga orang peminjam yang digari dan dikurung oleh ah long pada tahun lepas.

Kisah sebegini akan sentiasa berlaku dalam masyarakat kita jika tiadanya kesedaran tinggi mengenai pengurusan kewangan berhemah.

Golongan yang berumur di antara 30-40 tahun sepatutnya sudah berada di peringkat akhir menuju kebebasan kewangan. Malangnya, merekalah yang paling ramai mengikuti PPK AKPK.

Paling menarik, kategori bujang merekodkan jumlah pelanggan tertinggi PPK AKPK berbanding kategori yang sudah berkahwin. Sedangkan, secara logiknya orang bujanglah yang kurang mengalami masalah kewangan berbanding golongan berkahwin kerana kurangnya komitmen kewangan. Dari segi jantina pula, lelaki muda yang lebih bermasalah kewangan berbanding perempuan.

Antara faktor utamanya adalah penggunaan kad kredit yang tidak terkawal yang mencerminkan mereka suka hidup bermewah-mewah. Umum mengetahui, masalah berhutang akan menyebabkan seseorang terjerumus ke kancah muflis.

Bukan individu sahaja yang boleh terjebak masalah kewangan sehingga muflis, negara pun boleh muflis jika tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah. Ini dibuktikan dalam kes Iceland dan Greece.

Persoalan di sini bagaimanakah seseorang ingin mencapai kebebasan kewangan? Tidak lain tidak bukan melalui pendidikan kewangan dan penghayatannya. Oleh itu, syor yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Mohamed Akwal Sultan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk memasukkan slot pengurusan kewangan dalam kursus praperkahwinan untuk bakal pengantin sewajarnya dipertimbangkan secara mendalam.

Kita acapkali bercakap mengenai pendidikan yang lebih berorientasikan kejayaan akademik semata-mata. Seboleh-bolehnya kita mahu anak-anak kita menjadi cerdik pandai dalam semua hal. Tetapi jarang sekali kita membicarakan tentang pendidikan kewangan para pelajar. Sedangkan inilah perkara utama yang perlu diamalkan apabila seseorang memasuki gerbang pekerjaan.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga, pendidikan dan kefahaman mengenai kewangan mesti diajar dan diamalkan sejak kecil lagi. Sejauh manakah ia benar-benar dibudayakan dalam masyarakat kita?

Penulis sering kali bertanya kepada para pelajar universiti, apakah yang akan dilakukan oleh mereka selepas memperoleh wang pinjaman pelajaran atau biasiswa. Ada yang menjawab wang tersebut digunakan untuk membeli pelbagai barangan yang tiada kaitan langsung dengan pelajaran.

Yang peliknya, apabila diminta membeli buku teks, mereka cukup liat mengeluarkan wang, paling mudah untuk ‘menyelamatkan’ wang mereka ialah dengan cara membuat salinan (fotostat) kerana kosnya yang murah.

Tetapi terdapat juga di kalangan para pelajar universiti yang mahir mengurus kewangan mereka apabila wang yang diperoleh disimpan untuk pelaburan masa hadapan. Golongan sebeginilah nanti apabila mula memasuki gerbang pekerjaan tidak mengalami masalah kewangan yang besar berbanding rakan mereka yang tidak menyimpan.

Mereka inilah golongan yang mempunyai kesedaran dan penghayatan yang tinggi tentang kepentingan mengurus kewangan secara berhemah.

Justeru, penulis ingin mengutarakan cadangan agar pendidikan kewangan diajar seawal usia muda lagi. Jika boleh, pengurusan kewangan dijadikan satu subjek teras di peringkat sekolah.

Generasi muda patut diajar supaya celik kewangan dan mengetahui selok-belok kewangan supaya mereka tidak ditipu apabila dewasa nanti. Pendidikan kewangan juga penting supaya generasi muda diajar untuk berjimat cermat dan tidak terjebak dengan budaya boros.

Mereka juga perlu diajar untuk bersikap bertanggungjawab untuk membayar segala hutang yang dipinjam dan tidak berhutang jika tidak berkemampuan untuk membayar kembali pinjaman tersebut. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Ambillah pengajaran daripada orang terkaya di dunia, Carlos Slim yang mempelajari ilmu pengurusan kewangan apabila bapanya telah memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka. Beliau telah diajar bagaimana untuk menuju kebebasan kewangan sejak kecil lagi dan kini beliau telah berjaya mencapainya seperti mana yang diidam-idamkan oleh semua orang.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Share

The Law of Accumulation

2010 May 28
by FadzilahMamat

By: Brian Tracy

The Law of Accumulation: how your financial fortune accumulates slowly over time and then becomes enormous, like a snowball.

The Law of Accumulation: Every great financial achievement is an accumulation of hundreds of small efforts and sacrifices that no one ever sees or appreciates.

Develop Discipline

The achievement of financial independence will require a tremendous number of small efforts on your part. To begin the process of accumulation, you must be disciplined and persistent. You must keep at it for a long, long time. Initially, you will see very little change or difference but gradually, your efforts will begin to bear fruit. You will begin to pull ahead of your peers. Your finances will improve and your debts will disappear. Your bank account will grow and your whole life will improve.

Build Up Momentum

The first corollary of the Law of Accumulation says: “As your savings accumulate, you develop a momentum that moves you more rapidly toward your financial goals.”

It is hard to get started on a program of financial accumulation, but once you do get started, you find it easier and easier to keep at it. The “momentum principle” is one of the great success secrets. This principle says that it takes tremendous energy to overcome the initial inertia and resistance to financial accumulation and get started, but once started, it takes much less energy to keep moving.

Start Slow, Finish Fast

The second corollary of the Law of Accumulation says, “By the yard it’s hard, but inch by inch, anything’s a cinch.”

When you begin thinking about saving 10 or 20 percent of your earnings, you will immediately think of all kinds of reasons that it is not possible. You might be up to your neck in debt. You might be spending every single penny that you earn today just to keep afloat.

If you do find yourself in this situation, instead of saving 10 percent, begin saving just 1 percent of your earnings in a special account, which you refuse to touch.

Increase As You Go Along

This small amount will begin to add up at a rate that will surprise you. As you become comfortable with saving 1 percent, increase your savings rate to 2 percent, then 3 percent, then 4 percent and 5 percent and so on. Within a year, you will find yourself getting out of debt and saving 10 percent, 15 percent and even 20 percent of your earnings without it really affecting your lifestyle.

Action Exercises

Here are two things you can do to apply this law immediately:

First, decide upon your long-term financial goals and then resolve to work toward them one step at a time. The first steps are the hardest and you must discipline yourself to avoid backsliding into old habits.

Second, practice the law of accumulation in other parts of your life as well. Resolve to master a subject one page at a time. Lose extra pounds one ounce at a time. Learn a language one lesson at a time. The cumulative effect can be enormous.

Share

Adakah Pelabur Akan Mengalami Kerugian Apabila Harga Dana Jatuh?

2010 May 27
by FadzilahMamat

Hari ini saya ingin menjawab satu lagi soalan popular yang sering dikemukakan oleh bakal pelabur atau prospek saya iaitu adakah pelabur akan mengalami kerugian apabila harga dana jatuh.

Jawapan saya:

Ya dan tidak. Ya jika pelabur menjual pelaburan mereka pada masa ini.

Tidak jika pelabur tidak menjual pelaburan mereka pada masa ini. Malah, pelabur akan mendapat jumlah unit yang lebih sekiranya mereka menambah pelaburan mereka pada masa ini.

Penjelasan lanjut:

Di dalam pelaburan unit trust, setiap kali kita melabur, wang yang kita laburkan akan ditukarkan kepada bentuk unit. Sebagai contoh (dengan mengabaikan service charge), pelabur yang melabur sebanyak RM1000 pada harga RM0.25 seunit akan mendapat 4000 unit.

Unit ini adalah tetap. Yang berubah adalah harga unit. Harga unit ini akan berubah setiap hari bursa saham diniagakan iaitu pada hari bekerja. Apabila harga unit berubah, nilai semasa akan berubah. Namun begitu, jika pelabur tidak menjual unit yang dimilikinya, pelabur tidak akan mendapat apa-apa kesan daripada kenaikan atau penurunan harga unit.

Katakanlah harga dana jatuh kepada RM0.20 seunit, pelabur yang menjual pelaburan mereka hanya akan mendapat RM800 (4000 x RM0.20) dan akan mengalami kerugian sebanyak RM200.

Sebaliknya jika pelabur membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1000, pelabur akan mendapat 5000 unit tambahan (RM1000/RM0.20). Dengan kata lain, pelabur mendapat 20% unit tambahan berbanding ketika melabur pada harga RM0.25/unit.

Sebenarnya turun naik harga adalah perkara biasa di dalam pelaburan unit trust. Malahan ia juga sebenarnya merupakan kelebihan pelaburan ini kerana ia memberi peluang kepada para pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

Pelaburan unit trust juga tidaklah begitu berisiko seperti melabur secara terus di dalam pasaran saham dan harganya tidak akan jatuh secara drastik pada sesuatu masa. Ini kerana, di dalam sesebuah dana unit trust, harga unit merupakan harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harganya tidak akan turun mendadak kerana pada sesuatu masa. Ini kerana, walaupun ada saham yang harganya turun, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Untuk memahami pengiraan unit dan keuntungan di dalam pelaburan unit trust, anda juga boleh merujuk tutorial ringkas di sini. Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan dan inginkan maklumat lanjut berkenaan pelaburan unit trust, sila hubungi saya ataupun ahli kumpulan saya yang berdekatan dengan anda.

Ikhlas,

Share

Senarai Dana Syariah Untuk Pelaburan Menggunakan Simpanan KWSP

2010 May 25
by FadzilahMamat

Equity Fund (Shariah)

Balanced Fund (Shariah)

Fixed Income Fund (Shariah)

Money Market Fund (Shariah)

Share

Maklumat Berkenaan Pelaburan Tambahan & Kemudahan Autodebit

2010 May 18
by FadzilahMamat

Ramai bakal pelabur yang menanyakan tentang pelaburan tambahan. Ada juga yang tersalah anggap dan menyangka ia wajib dilakukan secara tetap setiap bulan.

Hakikatnya pelaburan tambahan tidaklah wajib. Namun begitu ia sangat digalakkan kerana ia dapat memberikan pulangan pelaburan yang sangat besar jika dipraktikkan di dalam jangkamasa panjang.

Bagi membantu anda memahami perkara ini, di sini saya akan memberi penerangan ringkas tentang pelaburan tambahan di dalam Pelaburan Unit Trust Public Mutual.

Jumlah pelaburan tambahan minimum = RM100

Kaedah Pelaburan Tambahan :

  1. Secara manual (Pelabur pergi ke Public Bank dan mengisi Borang Pelaburan Tambahan yang boleh didapati di bank atau melalui ejen).
  2. Secara online (Bagi pelabur yang menggunakan kemudahan Public Mutual Online, mereka boleh membuat penambahan menggunakan Maybank2u atau Public Bank Online. Caj untuk pemindahan dari Maybank2u adalah sebanyak RM2 bagi setiap transaksi manakala dari Public Bank adalah PERCUMA).
  3. Menggunakan kemudahan autodebit samada daripada Public Bank, Maybank atau BSN. Caj yang dikenakan oleh Maybank adalah RM1.00 bagi setiap transaksi, BSN pula RM0.50 manakala Public Bank pula PERCUMA.

Kaedah yang disarankan? Autodebit!

Ini kerana, kemudahan autodebit dapat membantu kita membuat pelaburan tambahan secara automatik. Dengan cara ini, kita dapat mempraktikkan salah satu konsep yang sering diingatkan oleh pakar-pakar kewangan iaitu

“Pay Yourself First”

Dengan menggunakan kemudahan ini, bank akan terus mengkreditkan jumlah yang sudah dipersetujui (sebagai contoh RM100 sebulan) ke dalam akaun pelaburan anda di Public Mutual. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah beratur di bank atau membuat urusniaga secara online untuk menambah pelaburan anda.

Sekiranya anda menggunakan kaedah autodebit ini namun tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk dikreditkan ke akaun pelaburan anda, ini tidak menjadi masalah. Ini kerana, ia tidaklah diwajibkan. Cuma, pada bulan tersebut, pelaburan anda tidak bertambah.

Dan sekiranya pada bulan seterusnya baki wang anda mencukupi, pihak bank tidak akan mengkreditkan jumlah yang lebih ke dalam akaun pelaburan anda.

Namun begitu, seandainya dalam tempoh 6 bulan berturut-turut tiada wang untuk yang mencukupi untuk dikreditkan ke akaun pelaburan anda, maka arahan auto debit atau standing instruction ini akan dibatalkan secara automatik.

Pada masa yang sama, sekiranya anda ingin menambah, mengurangkan atau membatalkan arahan auto debit ini, anda boleh pergi ke bank yang berkenaan (samada Maybank, Public Bank atau BSN) dan mengisi borang yang berkaitan.

Semoga penjelasan di atas dapat membantu anda. Sila hubungi saya sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berhubung perkara ini. Insya’Allah saya sedia membantu.. :)

Ikhlas,

Share

Adakah Pulangan Daripada Pelaburan Unit Trust Terjamin?

2010 May 17
by FadzilahMamat

Di bawah adalah artikel dari blog lama saya iaitu http://unittrust101.com. Saya menulis artikel ini ketika baru sahaja menceburkan diri di dalam industri ini.

Sekarang setelah lebih tiga tahun melibatkan diri di dalam industri ini, saya telah mengubah beberapa bahagian seiring dengan pertambahan ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi di dalam jangkamasa ini. ;)

Selamat membaca dan semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda!

Adakah Pulangan Daripada Pelaburan Unit Trust Terjamin?

Hari ini saya ingin menjawab satu soalan popular yang sering ditanya oleh prospek saya dan saya percaya merupakan satu persoalan yang bermain di minda bakal-bakal pelabur.

Soalan: Adakah Pulangan Daripada Pelaburan Unit Trust Terjamin?

Jawapan: Sebenarnya tiada istilah terjamin di dalam mana-mana pelaburan sekali pun.

Sebagai contoh, Pelaburan ASB. ASB tidak pernah menjamin berapakah jumlah pulangan yang akan diberikan kepada para pelaburnya. Begitu juga dengan ASN, ASW dan kesemua amanah saham di Malaysia.

Tetapi kenapa pelabur sanggup meminjam dengan bank dengan kadar faedah sehingga 6% setahun untuk melabur di dalam ASB? Ini kerana, pelabur menjangkakan pulangan yang akan diberi adalah di sekitar 7-9% setahun berdasarkan pulangan yang telah diberikan kepada pelabur terdahulu semenjak beberapa tahun yang lepas.

Begitulah juga keadaannya dengan Unit Trust. Pulangannya juga tidak terjamin. Tetapi ramai pelabur yang terdahulu telah mendapat keuntungan yang sangat baik dengan pulangan tahunan purata melebihi 10% peratus setahun. Maka, atas dasar inilah kami sebagai Unit Trust Consultant yakin untuk mengesyorkan dana kami kepada para pelabur.

Dan memandangkan Public Mutual sendiri sudah bertapak lebih 30 tahun di Malaysia dan mempunyai jumlah pelabur melebihi 2 juta orang, secara tidak langsung kami mendapat promosi percuma daripada pelabur yang berpuas hati dengan pulangan pelaburan mereka.

In fact, kebanyakan Unit Trust Consultant daripada Public Mutual juga merupakan para pelabur yang sangat berpuas hati dengan pulangan yang telah mereka peroleh melalui pelaburan mereka dan seterusnya memilih untuk menjadi Unit Trust Consultant bagi memperkenalkannnya kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka.

p/s : Untuk melihat pulangan yang diberikan oleh dana-dana Public Mutual, sila layari http://www.publicmutual.com.my/application/fund/performance.aspx dan lihatlah sendiri pulangan bagi dana-dana kami terutamanya bagi tempoh pelaburan melebihi 5 tahun. Dan jika anda ingin menjimatkan masa anda; anda boleh hubungi saya untuk mengetahui dana manakah yang menunjukkan prestasi yang terbaik.

Share

The Law of Abundance

2010 May 16
by FadzilahMamat

By : Brian Tracy

The Law of Abundance- there is ample money for everyone who knows how to acquire it and keep it. We live in an abundant universe in which there is sufficient money for all who really want it and are willing obey the laws governing its acquisition.

You Can Have All You Want

There is plenty of money available to you. There is no real shortage. You can have virtually all you really want and need. We live in a generous universe and we are surrounded on all sides by blessings and opportunities to acquire all we truly desire. Your attitude, of either abundance or scarcity toward money, will have a major impact on whether you become rich or not.

Make a Decision

The first corollary of the Law of Abundance says that,

“People become wealthy because they decide to become wealthy.”

They become wealthy because they believe they have the ability to become wealthy. Because they believe this completely, they act accordingly. They consistently take the necessary actions that turn their beliefs into realities. And you can always tell what your beliefs really are by looking at your actions. There is no other way.

The second corollary of this law says:

“People are poor because they have not yet decided to become rich.”

Examine Your Own Thinking

In the book, The Instant Millionaire, by Mark Fisher, the old millionaire asks the boy who has sought his advice about becoming a millionaire, “Why aren’t you rich already?”

This is an important question to ask yourself. However you answer this question will reveal a lot about yourself. Your answers will expose your self-limiting beliefs, your doubts, your fears, your excuses, your rationalizations and your justifications.

Review Your Reasons

Why aren’t you rich already? Write down all the reasons you can think of. Go over your answers one by one with someone who knows you well and ask them for their opinion. You may be surprised to find that your reasons are mostly excuses that you have fallen in love with.

Whatever your reasons or excuses, you can now get rid of them. The world is full of hundreds and thousands of people who have had far more difficulties to overcome than you could ever imagine, and they’ve gone on to be successful anyway. So can you.

Action Exercises

Here are two things you can do to apply this law immediately:

First, imagine that every experience you have ever had with money contained a special lesson that was designed just for you to help you to ultimately become financially independent. What are the most important
lessons you have learned so far?

Second, analyze yourself honestly and determine your biggest block, your
major self-limiting belief that holds you back from becoming more successful financially. Resolve to act from now on as if this block no longer exists.

Share
Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.