Peluang Kerjaya
Saya ingin mempelawa anda untuk menyertai kumpulan saya di Public Mutual dan menjadi Perunding Amanah Saham (Unit Trust Consultant) secara full time/part time.
Kerjaya ini telah memberikan saya kehidupan yang lebih menggembirakan, masa yang lebih flexible, kenalan yang ramai dan pendapatan yang lebih lumayan berbanding kerjaya saya sebelum ini sebagai seorang jurutera.
Syarat asasnya anda perlulah berumur 21 tahun dan mempunyai kelulusan SPM. Untuk berjaya pula, anda haruslah mempunyai sikap yang positif dan sukakan cabaran. Public Mutual menawarkan komisyen dan insentif yang sangat menarik dan ramai yang telah berjaya di dalam kerjaya ini.
Antara Kelebihan menjadi Unit Trust Consultant ialah:-
1) Unlimited Income Potential (Direct / Indirect Commision)
Di Public Mutual, anda akan dibayar setimpal dengan usaha anda. Sebagai ejen biasa, komisyen anda adalah seperti berikut:
Pelaburan tunai: 2.75% daripada jumlah sales
Pelaburan EPF : 2% daripada jumlah sales
Sebagai contoh, pada bulan pertama sahaja saya mendapat jumlah sales sebanyak RM70,000 daripada pelaburan tunai. Dari sini, saya mendapat pendapatan sebanyak RM70,000 x 2.75% = RM1925.
Baru-baru ini seorang rakan saya telah berjaya mendapatkan sales sebanyak RM1,000,000 daripada seorang pelabur. Berapa jumlah komisyen yang dia dapat? RM1,000,000 x 2.75% = RM27,500.
Walaupun komisyen untuk pelaburan EPF adalah agak kecil berbanding pelaburan tunai, tetapi pelaburan EPF boleh memberikan kita pendapatan yang berterusan. Ini kerana, pelabur EPF boleh melabur setiap 3 bulan. Jika kita berjaya meyakinkan para pelabur kita untuk terus melabur setiap 3 bulan, secara tidak langsung kita akan mempunyai sejumlah sales yang tetap setiap bulan.
Sebagai contoh, salah seorang pelabur saya mampu untuk melabur menggunakan EPF (berdasarkan pengiraan yang ditetapkan oleh pihak KWSP) sebanyak RM10,000, dengan ini saya akan mendapat komisyen sebanyak RM10,000 x 2% =RM200. Selepas tiga bulan, jika dia melabur lagi sebanyak RM10,000, saya akan mendapat lagi RM200 daripada pelaburannya.
Ada seorang rakan saya telah mendapat seorang pelabur yang mempunyai lebih RM1,000,000 di dalam EPF. Daripada jumlah ini, dia layak untuk melabur melebihi RM300,000 dan rakan saya telah mendapat komisyen melebihi RM6000 hanya daripada pelaburannya.
Memandangkan pelabur ini merupakan seorang yang sangat berminat untuk melabur, dia juga bercadang untuk menambah pelaburannya setiap 3 bulan. Secara tidak langsung rakan saya akan mendapat pendapatan tetap yang lumayan daripada pelabur ini.
2) Bonus Tahunan
Bayaran bonus adalah berdasarkan jumlah jualan sepanjang tahun.
3) Free Incentive & Challenge Trip.
Setiap tahun, Public Mutual akan melancarkan kempen ‘Free Incentive & Challenge Trip yang mana konsultan yang layak akan ditaja untuk melancong di destinasi yang ditetapkan (Untuk kempen 2009, destinasinya adalah Sudan, Seoul dan Bali). Jumlah jualan yang diperlukan dalam lingkungan RM700,000 dan ke atas.
Tahun lepas, saya telah berjaya mencapai target untuk pergi ke Hangzhou, China pada bulan Jun tanpa saya sedari. Padahal pada masa yang sama saya sangat sibuk dengan pengajian saya. Bila saya dah achieve, barulah saya sedar bahawa target yang diberikan adalah sangat achievable.
Saya akan berangkat ke China pada 18 Mei 2009. Selepas balik nanti, saya akan berusaha melayakkan diri untuk ke Seoul dan bercadang untuk membawa suami bersama-sama.
4) “Career Benefit”
Career Benefit ini bolehlah dianggap sebagai residual income yang akan dibayar setiap bulan. Pengiraannya adalah berdasarkan jumlah Asset Under Management (AUM) iaitu jumlah keseluruhan pelaburan oleh klien kita. Dengan kata lain, selagi pelabur kita tidak menjual pelaburan mereka, selagi itulah kita akan mendapat Career Benefit ini.
Peratusan Career Benefit ini agak kecil berbanding Direct Commission tetapi jika kita telah menceburkan diri di dalam bidang ini untuk beberapa tahun dan mempunyai AUM yang besar, maka besarlah jumlah yang akan kita perolehi.
Sebagai contoh, konsultan yang mempunyai AUM sebanyak RM15,000,000 akan mendapat Career Benefit sebanyak RM2500 setiap bulan.
5) Career Prospect
Anda boleh mengembangkan kerjaya anda dengan menggunakan subsidi daripada Public Mutual untuk menjadi Certified Financial Planner (CFP). Sebagai seorang CFP, kredibiliti anda akan bertambah dan boleh membantu memajukan lagi perniagaan anda.
Bagaimana untuk menjadi Konsultan Unit Amanah?
Lesen untuk memasarkan Unit Trust mestila diperolehi drp FMUTM (federation malaysian unit trust manager). Oleh itu, konsultan baru perlulah menduduki ujian CUTE (Computerised Unit Trust Examination) oleh FMUTM. Public Mutual ada menyediakan kelas tutorial.
Yuran Pendaftaran hanya RM250. Jika konsultan berjaya mendapatkan sales sebanyak RM50,000 di dalam masa 6 bulan, Public Mutual akan memulangkan semula yuran pendaftaran ini.
August 22nd, 2009 at 1:26 pm
salam….
betul ke jika agent under kita berjaya capai GAM, beliau akan keluar dr group kita?
TQ
August 22nd, 2009 at 6:31 pm
Betul tu. Tetapi kita juga akan mendapat benefit seperti breakaway bonus dan juga equalization bonus.