Pesanan Fadzilah Mamat

April 24 2009 one Commented

Salam sejahtera,
Terima kasih kerana melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dengan kedatangan anda. Tahniah saya ucapkan bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai Konsultan Unit Trust. Tujuan saya menulis pesanan ini adalah untuk memberitahu kenapa saya mengajak anda untuk melabur di dalam Pelaburan Unit Trust dan menjadi seorang Konsultan Unit Trust dan bagaimana ianya dapat memberi kebaikan kepada anda.

Saya baru sahaja menjinak-jinakkan diri di dalam pelaburan Unit Trust pada awal Jun 2007. Sebelum saya bermula, saya merupakan salah seorang pelabur yang agak aktif di dalam sebuah syarikat pelaburan internet. Malangnya, dalam masa tidak sampai 2 bulan, website pelaburan internet itu telahpun ditutup dan telah menyebabkan saya kerugian hampir USD5000. Apa yang lebih saya kesalkan adalah kerugian yang ditanggung oleh rakan-rakan yang turut sama melabur bersama saya yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

Pada ketika itu, saya amat sedih kerana, secara tidak langsung, saya menjadi penyebab kepada masalah kewangan mereka.

Kemudian, saya mula menyelidik program-program pelaburan secara sah bagi mencari program pelaburan terbaik yang boleh membantu saya dan rakan-rakan menyelesaikan masalah kewangan yang saya hadapi..
Amat terkejut saya apabila mendapati bahawa pulangan yang diberikan oleh Pelaburan Unit Trust adalah sangat tinggi berbanding dengan pelaburan ASB (Pulangan Unit Trust adalah berubah-ubah tetapi ada dana yang telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan pulangan melebihi 15% setahun bergantung kepada keadaan pasaran).

Sebelum ini, saya hanya tahu tentang pelaburan ASB sahaja dan bagi saya itulah sahaja pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang tinggi jika kita melabur melalui syarikat pelaburan yang sah.

Seterusnya, saya memilih untuk menjadi seorang Perunding Unit Trust sebagai satu cara untuk memberitahu rakan-rakan dan kenalan saya bahawa terdapatnya pelaburan yang SAH, HALAL dan TERJAMIN di pasaran dan juga bagi membantu mereka di dalam perancangan kewangan mereka. Saya mula mempelajari tentang pelaburan Unit Trust dan mengikuti jejak langkah pelabur yang berjaya dengan menyertai syarikat pelaburan yang terbaik dan paling MANTAP iaitu PUBLIC MUTUAL. Ini kerana, saya tidak mahu rakan-rakan dan kenalan saya mengalami kerugian buat kali kedua.

Apabila saya lihat kembali, saya telah merugikan banyak wang dengan melabur di tempat yang tidak sepatutnya kerana kekurangan ilmu tentang pelaburan dan juga tidak membuat kajian mendalam sebelum memulakan sesuatu. Alangkah ruginya saya!

Saya telah rugi USD5000 dan saya tidak mahu anda melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, ramai yang melakukan pelaburan tanpa mengkaji latar belakang syarikat. Inilah sebabnya kita sering mendengar ramai yang merungut “Saya sudah cuba buat pelaburan, tetapi mengalami kerugian” . Dengan PUBLIC MUTUAL, tiada apa yang perlu anda risaukan kerana ia merupakan sebuah syarikat yang sangat kukuh dan juga merupakan syarikat pelaburan unit trust yang paling dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 1 000 000 dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Billion.

Sebagai seorang Konsultan Unit Trust pula, anda akan mendapat pelbagai faedah di samping dapat bekerja mengikut masa, cara dan keselesaan anda sendiri. Setelah hampir 2 tahun melibatkan diri di dalam industri ini saya telah mendapat pendapatan yang sangat lumayan, masa yang lebih bersama keluarga, kenalan yang ramai dan akan melancong ke Hangzhou, China yang ditaja sepenuhnya oleh Public Mutual pada 18 Mei ini. Dengan kata lain, saya sangat bersyukur memilih kerjaya ini dan ingin berkongsi peluang ini dengan anda.

Yang benar,

Fadzilah Mamat
Perunding Unit Trust PUBLIC MUTUAL

PS: Jikalau anda berminat untuk memulakan pelaburan ataupun bekerjasama dengan saya sebagai Konsultan Unit Amanah, sila hubungi saya.



One Response to “Pesanan Fadzilah Mamat”

  1. linda Says:

    hai zila comel….juz enter 2 yr website…seronok, best sgt. i salute u….masih minum tea hangzhou??? jgn lupa makan byk2 tau…x sabar nak tengok zila gemuk balik ha ha ha…i like!!!

Leave a Reply